24 August 2020

MICHAEL ANG TEGUR NETIZEN KUTUK NAMPAK TUA SETELAH KURUS



Pengarah Michael Ang baru-baru ini telah menerima kritikan tidak beradab oleh seorang individu yang mengkritik dirinya tampak lebih tua setelah kurus selepas berkongsi foto di laman Instagram miliknya. Mungkin berang dengan kritikan tersebut, Michael Ang tampil untuk menegur.

Menurut Michael,44, tiada siapa yang akan terlepas daripada menempuhi usia tua: "Salam semua. Happy Saturday! Semalam post gambar Kau org Cakap kita kurus mcm Sakit! Kita tak kurus ok kita gemok! Luv u all n stay safe!.

"Semua akan tua sekurangnya saya sedar diri dan berani tunjuk muka. Daripada manusia munafik yang suka komen benda busuk macam hari sendiri tapi tak berani tunjuk muka. Memang kita tua pun. Cara tu betulkan sikit..," katanya.

Individu berkenaan menegur Michael Ang yang nampak lebih tua setelah berjaya menguruskan berat badan. Namun begitu, individu itu dilihat mengaku salah dan tampil meminta maaf jika telah membuatkan penerbit itu berkecil hati. Netizen tersebut turut menjelaskan bahawa komen tersebut hanyalah pandangan peribadi dan bukanlah sebuah pernyataan 'body shaming'.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Micahel Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: