16 August 2020

ELLY MAZLEIN TERKILAN PERMINTAAN ARWAH ABU BAKAR JUAH TAK SEMPAT DIPENUHI



Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein, 40, menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, mendedahkan dia sempat menziarahi arwah pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, pada awal bulan lalu.

Bagaimanapun, Elly terkilan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan Allahyarham untuk makan Kari Kepala Ikan, selepas menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.35 petang semalam di kediamannya.

"Sempat jumpa ayah awal bulan hari tu. Kata mama dan Zarith, ayah tak ada selera nak makan. Masa Sharifah datang (ayah Abu Bakar suka panggil saya dengan nama Sharifah), ayah cuba makan sebab nak Sharifah gembira.

Klik untuk gambar besar


"Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan. Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah," tulis Elly.

Tambah pelakon drama 'Kampung People', dia akan menunaikan janjinya untuk melawat seperti mana yang diberitahu kepada anak arwah: "Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziarah ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah.

"Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah," tulisnya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Eyra Hazali & Haziq Nadzli


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: