"Ada yang menghantar gambar lucah. Perempuan ada, lelaki pun ada. Pengurus saya pula diganggu dengan panggilan video oleh mereka yang ingin bercakap dengan saya. Saya tak boleh nak halang, kalau orang tu nak buat, walau apa yang saya katakan pun, mereka tetap akan buat.
Biarpun diganggu, jejaka yang dikenali dengan watak Jekfer dalam drama bersiri 'Kampung People' ini tidak melakukan sebarang tindakan lanjut: "Saya hanya buat bodoh sahaja. Setiap kali perkara terbabit terjadi kepada saya, perkara terbaik yang boleh saya buat adalah untuk tidak melayan mereka.
"Kalau saya pertikaikan perkara itu pun, ia akan menyebabkan perbalahan. Lagilah mereka suka sebab kita dah beri perhatian kepada mereka dan lagilah mereka akan buat. Jadi, lebih baik saya diam dan buat bodoh," kata Hun yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi 'Kampung People' musim kedua dan bakal terlibat dalam satu program menarik yang akan didedahkan tidak lama lagi.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment