21 August 2020

"JIKA SAYA BUAT TEMA BOLLYWOOD... ADA YANG MENGAMUK TAK?" - ERNIE ZAKRI



"Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang mengamuk tak? Takut digelar 'cultural appropriation'. Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini?

"Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat," demikian kata penyanyi Ernie Zakri menerusi satu ciapan di Twitter yang berseloroh mahu membuat tema Bollywood pada majlis perkahwinannya dengan Syamel nanti.

Bagaimanapun, ciapan Ernie menimbulkan perdebatan pengguna laman sosial itu. Menerusi ciapan tersebut, Ernie turut menyindir jika tema itu bakal membuatkan segelintir individu tidak berpuas hati.

Klik untuk gambar besar


Ia susulan pelakon Mira Filzah 'diserang' pengguna laman sosial itu kerana menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga bagi konsep penggambaran produk kanta lekap. Ernie berkata, perkara itu tidak sepatutnya dirumitkan yang tidak pernah timbul sebelum ini.

Terdahulu, Mira mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya dalam persalinan Lehenga seperti yang dimuat naik di Instagram.

Mira berkata, tema itu adalah satu daripada konsep penggambaran produk kanta lekap selain ia adalah keinginannya sendiri selaku penggemar filem dan lagu Bollywood. Disebabkan itu, Mira memohon maaf jika perkara itu mengguris mana-mana pihak.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Ernie Zakri & Mira Filzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: