18 August 2020

NETIZEN UCAP TAHNIAH, NAMPAK 'BABY BUMP' - MIZZ NINA TAMPIL NAFI



Sudah pasti pasangan selebriti popular Noh Hujan dan Mizz Nina sering diajukan soalan berkaitan cahaya mata kerana sudah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, gambar terbaru yang muat naik oleh Mizz Nina menjadi perhatian ramai apabila peminat membuat spekulasi bahawa penyanyi itu sedang hamil.

Gambar tersebut memaparkan Mizz Nina memakai busana baju kurung dan seakan-akan kelihatan baby bump membuatkan ramai yang menyangkan dirinya berbadan dua. Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dan bertanya sama ada benar atau tidak Mizz Nina hamil. Malah, ramai yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu meskipun tidak mengetahui kesasihan perkara itu.

Menyedari ertri tersebut dihujani dengan komen ucapan tahniah daripada netizen, Mizz Nina kemudian melakukan suntingan pada bahagian kapsyen memberitahu bahawa dia belum hamil lagi serta berterima kasih di atas doa semua pihak.

Klik untuk gambar besar


"Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua. Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan," katanya.

Untuk makluman, Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Mizz Nina


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: