"Ramai youtuber dan netizen sentap tahap gaban dengan statment saya. Ok saya syorkan kita buat diskusi atas Status saya tersebut. Mohon sahut.. Diskusi Ilmiah. DM/PM saya. Jangan takut anggaplah macam ala2 yang kalah debat tapi stay provok menang konon. Cepat!
"Diskusi Ilmiah pasal Pendapatan Youtuber. Saya tetap dengan pendirian saya dan ramai lagi. Jadilah Youtuber yang menjauhi fitnah dan haram. Beryoutuberlah dengan kebaikan kerana ada halal ada haram. Kejarlah yang Halal. Saya tungguuu.. jangan takut!," demikianlah tulis pendakwah Ustaz Abu Syafiq menerusi laman Instagram.
Baru-baru ini, Ustaz Abu ada mengeluarkan kenyataannya di Instagram dimana dia mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram dan ia telah menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Abu menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini.
Klik untuk gambar besar
Ujarnya, ramai YouTuber diluar sana dimana hidup mereka merana: "Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit," katanya sebelum ini.
Katanya lagi, banyak lagi pekerjaan di luar sana yang boleh dilkaukan dan seeloknya jauhkan diri daripada menjadi YouTuber yang mendatangkan memfitnah: "Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah. Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga," katanya yang tidak menyatakan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafiq
________________________

No comments:
Post a Comment