26 August 2020

SUFI AKUI HUBUNGAN TAK SETERUK DULU, MAHU BAWA ISTERI JUMPA FAMILI DI SINGAPURA



"Hubungan saya dengan keluarga tidaklah seteruk dulu, semuanya dah settle. Saya tidaklah selalu nak fikirkan sangat tapi pada awal-awal dulu saya sedar, bukan senang nak fahamkan keluarga lebih-lebih lagi bila berkecimpung dalam industri seni.

"Saya kongsi macam ni orang lain kongsi benda lain. Bila lama-lama saya cuba fahamkan dan terangkan pada mereka, mereka mengerti juga," tutur penyanyi Sufi Rashid yang mendedahkan bahawa hubungannya bersama keluarga di Singapura kini semakin baik.

Menurutnya, segala kekeliruan yang berlaku satu ketika dahulu telah pun diselesaikan dengan cara yang matang. Menyifatkan pandemik COVID-19 membataskan pergerakkannya, Sufi menjelaskan dia akan membawa isterinya pulang ke Singapura sebaik sahaja keaadan beransur pulih.

"Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tiadalah tertekan sangat. Selepas berkahwin kita ada jumpa. Sejujurnya, kami sedang menunggu COVID-19 ni reda dan betul-betul pulih. Kami akan pulang berjumpa dengan keluarga kami di Singapura. Ini adalah keutamaan kami setelah semuanya kembali seperti asal," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Aku Sanggup ketika ditemui ketika ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur pada Selasa. Sementara itu, Sufi turut mendedahkan bahawa dia tidak mahu lagi isu seperti ini dibiarkan berpanjangan.

"Yang penting kita kongsikan yang baik sahaja. Sama ada perkara itu betul atau tidak, apa yang diajar oleh agama kita adalah kongsi yang baik-baik sahaja. Janganlah cakap yang buruk-buruk.

"Apa yang boleh saya katakan, setakat ini alhamdulillah. Saya tidak akan cakap yang hubungan kami teruk, bergaduh atau tidak bergaduh tetapi cukuplah sekadar Alhamdulillah.

"Alhamdulillah itu maksudnya setiap hari masih ada senyuman di muka. Yang penting saya minta doa dari semua orang. Doa yang baik-baik sahaja. Semoga hubungan saya bukan sahaja dengan keluarga tetapi dengan peminat dan sesiapa sahaja juga baik. Itu yang penting," akhirinya.

 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sufi Rashid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: