23 August 2020

TIADA MALAM BERINAI MIRA FILZAH



Bagi setiap pasangan yang akan bernikah, pastinya akan mengadakan majlis berinai terlebih dahulu atau selepas majlis akad nikah. Namun tidak bagi pelakon Mira Filzah yang memberitahu dia tidak akan mengadakan malam berinai menjelang majlis perkahwinannya yang dikhabarkan tidak lama lagi.

Mira ketika menjawab soalan yang diajukan peminat sama ada majlis berinai akan diadakan bertemakan Bollywood, pelakon 'Bidadari Kiriman Tuhan' itu menafikannya.

"Adakah Bollywood antara tema untuk malam berinai nanti?" soal peminatnya.

Manakala jawab Mira: "Takkan ada malam berinai jadi I balas dendam dekat fotografi kanta lekap saja sis."

Klik untuk gambar besar


Jawapan Mira itu meredakan ketegangan peminat yang memuji tindakannya tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan budaya masyarakat luar: "Bagusnya tak ikut budaya agama lain. Sebarkan budaya yang baik-baik saja," puji salah seorang peminat.

Dalam pada itu, Mira yang terpalit dengan kontroversi 'cultural appropriation' dengan menyarung pakaian tradisional masyarakat India baru-baru ini masih dipuji cantik oleh peminatnya.

Difahamkan Mira kini sedang sibuk dalam persiapan menjelang hari bahagianya dan bakal menyarung beberapa helai busana perkahwinan rekaan pereka fesyen tersohor tempatan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mira Filzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: