"Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra... yang pernah bekerja dengan kami, pernah beli tudung dari kami, pernah datang booth dan juga beli secara online. Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia... bisnes ada naik turun," ujarnya.
"Siapa berminat, InsyaAllah kami akan adakan clearance sale. InsyaAllah kami akan jual murah-murah saja... RM5 pun ada. Korang ambil la, nak tutup kedai dah ni," kata penyanyi Tomok menerusi laman Instagram yang mengumumkan penutupan perniagaan tudung, selepas lima tahun menjalankan bisnes tersebut.
Klik untuk gambar besar
Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas usaha untuk bertahan tidak berjaya. Perniagaan tudung itu diusahakan Tomok bersama rakan kongsinya yang dijual menerusi dalam talian dan laman e-dagang. Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Bekas Kekasih' ini akan membuat jualan murah dalam masa terdekat bagi menghabiskan stok yang tinggal.
Arriandra merupakan gabungan nama dua orang anak lelaki Tomok dan isterinya Rahayu Abbas iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman. Selain bisnes tudung, Tomok turut mempunyai francais minuman Chatime serta pemanis mulut Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tomok
________________________

No comments:
Post a Comment