17 September 2020

4 BULAN HIDUP SOLO - SAKINAH AKUI KINI SEMAKIN RAPAT DENGAN JEJAKA INGGERIS



Pelakon Sharifah Sakinah, 31, yang baru empat bulan hidup solo selepas bercerai dengan suaminya, Aliff Adha itu mengakui kini semakin rapat dengan seorang jejaka Inggeris. Apa yang menariknya, jejaka tersebut berkongsi tarikh lahir sama dengan Sakinah.

Tanpa berselindung, Sakinah berkata, dia menyenangi jejaka berusia 41 tahun, bagaimanapun tempoh perkenalan masih terlalu awal untuk ditafsirkan. Mengulas kehidupan selepas bercerai pada Mei lalu, Sakinah berkata, dia lebih memandang ke depan dan telus.

"Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu. Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama telefilem 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu berkata, dia dan bekas suami bergilir-gilir menjaga anak, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

"Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami. Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak," katanya.

Pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz, 'buah hati' Sakinah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepadanya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Sharifah Sakinah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: