17 September 2020

MAHU KEHIDUPAN TANPA 'SPOTLIGHT' - NONNY JADIKAN ARTIS KERJAYA SAMBILAN



"Orang sibuk terkejar mengejar nak jadi artis, aku sibuk nak ubah balik kehidupan aku tanpa spotlight tu. Nak jalani kehidupan macam orang biasa balik dan menjadikan pekerjaan tetap artis itu sebagai sambilan," demikian tutur pelakon Nonny Nadirah.

Nonny memberitahu bahawa dia kini cuba untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa tanpa menjadi tumpuan ramai sebagai seorang artis.

Menurut Nonny, dia juga mahu menjadikan pekerjaan sebagai artis yang menjadi periuk nasinya selama ini hanya sekadar kerjaya sambilan sahaja.

Perkara itu dikongsikan Nonny menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Begitupun, katanya, dia tidak pernah akan terus meninggalkan minatnya dalam bidang seni.

Klik untuk gambar besar


"Aku minat dalam bidang muzik, serius wey minat ya amat. Sama dalam lakonan juga, cuma sudah bukan menjadi matlamat utama aku, tapi ya, aku masih ada dalam bidang ni," katanya.

Menurut Nonny lagi, sebolehnya, dia cuba mahu mengajak pengikutnya di media sosial menuju ke arah kebaikan: "Cukup-cukuplah aku tarik korang berTikTok dengan aku dulu. Sekarang aku sendiri yang nak ubah dan nak didik pengikut aku untuk pilih mana yang baik untuk korang ikut.

"Sekurang-kurangnya nanti bila disoal di sana, ada jawapan ini 'Ya, si polan ada tolong ingatkan kami tentang hal itu, tentang hal ini'," coret Nonny yang sebelum ini mencuri tumpuan ramai dengan kisah penghijrahannya selepas pulang dari Tanah Suci pada tahun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nonny Nadirah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: