18 September 2020

9 SEPTEMBER LALU - ANIM EZATI SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG, YARA ALANNA KHALSOM



Pengacara Anim Ezati Rizki menerusi laman Instagram telah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi perempuan pada 9 Sebtember lalu.

Menurut Anim, dia amat berterima kasih kepada suaminya kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang proses kelahiran. Pada masa sama, Anim dan suami juga telah pun sepakat menamakan anak sulung mereka, iaitu Yara Alanna Khalsom Mohd Fadli.

"Assalamualaikum dunia 🤍 Kenalkan anak sulung kami, Yara Alanna Khalsom Bt Mohd Fadli. Selamat melahirkan pada 9.9.2020 (4:45 petang) Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan.

"To my husband @fadlisahudin, thank you sayang for taking care of me. Thank you sangat2. Tolong i semua benda. Dan awak lah org paling happy sekali dapat tengok Yara. Love you b. #9bulanmommymengandungmukasemuadaddytapauhabis," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, bekas pengacara program 999 itu turut dilihat menitipkan doa buat Yara sempena genap seminggu kelahiran.

"Seminggu Yara Alanna Khalsom lahir ke dunia. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Semoga anak ini diberikan kesihatan yang baik sentiasa, menjadi solehah, dengar cakap mommy daddy ya sayang. Okay nanti Yara share gambar Yara botak eh! 😂," tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata sulung itu. Untuk makluman, Anim telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada tanggal 28 Disember 2019.







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Anim Ezati Rizki

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: