18 September 2020

BELLA ASTILLAH: "KAMI AKAN MENANTIMU DENGAN SABAR"



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah berkongsi memori foto sewaktu bercuti bersama suami yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz lebih kurang setahun yang lalu.

Menurut Bella, dia bersama anak-anak akan sentiasa setia menunggu Aliff sehingga tamat menjalani tempoh hukuman. Malah, penyanyi lagu Tenang itu turut mendedahkan bahawa anak keduanya, Ara Adreanna sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan bapanya itu.

"#throwback. This pic was taken last year. We'll be waiting for you patiently b. Stay strong and pls know that we loves you so much! (Andddd ur beautiful princess @araadreanna tak sabar nak jumpa her daddy tau👧🏻) #countingdays," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella selain turut mendoakan agar segala urusan keluarganya dipermudahkan.

Terdahulu, menurut laporan Berita Harian, Aliff telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari dan turut dikenakan denda sebanyak RM 1,518 ($500) selepas didapati bersalah kerana mencuri serta berkelakuan tidak senonoh ditempat awam oleh Mahkamah Singapura pada Selasa.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: