"A happy birthday to you @noornabila semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg berpanjangan, dan di permudahkan kebahagiaan diatas muka bumi ini yg tidak bertepian..
"A warm happy birthday on a bright friday morning to a bold mother to my super hero boy @jebatjayden," demikianlah ucapan manis pelakon Sharnaaz Ahmad buat bekas isteri, Noor Nabila bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.
Bintang drama bersiri 'Pelindung Seorang Puteri' ini mendoakan agar kakak kepada pengacara, Neelofa ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Selain itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini mengharapkan bekas isterinya dikurniakan kebahagiaan hidup.
Untuk info, Sharnaaz dan Nabila bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sharnaaz Ahmad
________________________

No comments:
Post a Comment