04 September 2020

BILA ANAK NORA DANISH & NEDIM NAZRI DAH BOLEH HAFAL SIFIR DI USIA 2 TAHUN



Bagi setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Melihat anak-anak membesar dengan baik dan bijak sudah tentu ianya menggembirakan hati ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila melihat anak mereka sudah menunjukkan ciri-ciri seorang anak yang pintar, apatah lagi pada usia yang masih muda.

Perasaan itulah yang dapat digambarkan oleh pasangan Nedim Nazri dan Nora Danish apabila anak mereka, Mohamed Neqayl atau Ney Ney sudah boleh menghafal sifir melalui perkongsian video di laman Instagram masing-masing yang memaparkan telatah comel Ney Ney apabila disoal soalan mengira.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora dan suaminya meluahkan rasa syukur dan gembira dikurniakan anak yang bijak. Pasangan ini gembira anak mereka yang baru berusia 2 tahun lima bulan itu sudah pandai mengira.

Klik untuk gambar besar


"Syukur Alhamdulillah Ya Allah for blessing NeNo with this little Neqayl ❤️. He learnt it all by himself 😍. #nnmysonmylifemygift #neqaylnanedim☀️ #mathematics #2years5monthsold," tulis Nedim. - "Kenapa pandai sangat anak mommy & daddy ni...... 💙 #mohamedneqaylnedim™️ #cintahatineno," tulis Nora pula di Instagram miliknya.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji kebijaksanaan Neqayl, apatah lagi usianya belum lagi menginjak ke tiga tahun. Malah, ramai yang mengagumi anak pasangan itu yang masih kecil lagi sudah bijak.

Untuk makluman, Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.











www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Nedim Nazri & Nora Danish

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: