"Saya pernah kena hentam di media sosial kerana beberapa isu... kalau saya salah cakap saya akui dan minta maaf, tapi bila dah viral orang akan terus bercakap. Saya terima kecaman itu dan tak cepat melatah... paling teruk emak dan isteri menangis dan bertanya mengenai isu tersebut sehingga saya terpaksa fahamkan mereka semula.
"Saya bila ada masalah akan rujuk semula dengan ustaz dan pakar motivasi untuk beri semangat kepada saya. Apa-apa pun kita percaya dengan ketentuan Allah dan yakin dengan apa yang kita buat!
"Saya bukan alim sangat tapi ada pegangan," kata pelawak Shuib Sepahtu yang mengakui hidupnya tidak pernah sunyi dengan kecaman dan kritikan daripada netizen setelah hampir 10 tahun bergelar anak seni.
Menurut Shuib, kecaman yang ditulis netizen itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keluarga terutama ibu serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shuib Sepahtu
________________________

No comments:
Post a Comment