04 September 2020

"DUA-DUA SALAH SEBAB BUAT DOSA" - ANAK SULUNG NORA MAHU BERSEMUKA KELUARGA BUDAK LELAKI PETANG INI



"Perkara ini telah berubah menjadi lebih serius. InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dgn keluarga budak lelaki itu. Walaupun ada yg sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda utk tidak share video yg sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah," demikian kata anak sulung kepada penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman yang turut tampil memberikan reaksi.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema' itu mengakui gadis yang tular kerana video bercumbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.

Menerusi satu status yang telah dikemas kini menerusi Twitternya pada Jumaat, Syakir mendedahkan pihaknya akan bertemu dengan keluarga remaja lelaki tersebut. Memohon agar mendoakan yang terbaik, lelaki berusia 27 tahun itu turut meminta ramai agar tidak berkongsikan lagi video yang berkaitan. 

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, sepotong video berbeza dipercayai turut dimuat naik seorang pengguna Twitter dan Syakir turut memberikan reaksinya. Bagaimanapun, video tersebut sudah pun dipadamkan. 

Syakir menyatakan bukan adik perempuannya sahaja yang bersalah tetapi remaja lelaki itu juga. Namun, Syakir berasa kesal kerana rata-rata netizen meletakkan kesalahan kepada ibu dan adik lalu menghentam. 

"Untuk yang baru nak amek port walaupun tak wajib, lepastu nak tuduh aku tak terima adik aku salah. Ye adik aku salah. Dua-dua salah sebab buat dosa. Lepastu laki tu kongsi kat 'socmed'. Tu ja 'point' aku. Yang kena bash adik and mak aku ja. Jadi bukan aku yang tak adil ya. Moga bermanfaat," tulisnya di Twitter miliknya. 



Tambah Syakir, dia berharap isu bercumbu ini dijadikan pengajaran oleh adiknya dan juga kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan: "Isu viral adik aku biarkan jadi pengajaran buat dia. Secara dalaman, keluarga aku memang dalam usaha membendung hal ini. 

"Tapi buat kawan-kawan yang ada anak perempuan, dia boleh menjadi yang seterusnya. Jadi jaga depa baik-baik. Yang turut quote, retweet dan api-apikan lagi tu, moga anda juga merasa nanti insya-Allah," tutur Syakir.

Dalam pada itu, menurut Syakir masalah ini akan diselesaikan antara keluarga dan dia juga akan memastikan supaya pisang tidak berbuah dua kali: "Anda dibenarkan menyalin atau memautkan tweet saya sebelumnya kepada sesiapa yang bertanya, atau menyiarkan video tersebut. 


"Kami berhasrat untuk menangani perkara ini secara dalaman dan berharap pihak lain memahami dan menghormati keputusan kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini berulang.

"Insya-Allah kita hanya akan bercakap tentang lelaki dengan adik perempuan ketika dia sudah bersedia untuk berkahwin. Dia seorang kanak-kanak, 'not so innocent', dipengaruhi oleh trend Tiktok, dan bercinta dengan 'asshole'. Ya, budak itu 'asshole'. Semoga dia berubah sebagai seorang manusia yang lebih baik juga," tulisnya lagi.

Nora mengakui kesal terhadap apa yang berlaku dan seterusnya berharap insiden tersebut dapat menjadi pengajaran buat anak ketiganya itu untuk menjadi insan yang lebih baik. 

 

"Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan, saya mengaku itu adalah anak saya. Sebagai ibu, saya cuba yang terbaik untuk mengajar dan membimbing dia mengikut apa yang termampu dalam kapasiti terbatas.

"Tetapi hendak buat macam mana, saya sudah berusaha sehabis baik untuk mendidiknya. Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapan untuk menjadi insan yang lebih baik sekali gus meneruskan kehidupan tanpa perlu menoleh ke belakang... Insya-Allah," katanya.

Terdahulu, Nora ada berkongsi khabar pilu apabila ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: