02 September 2020

AARON AZIZ LUAH KECEWA: "KASIHAN TAHFIZ SAYA DI LANGKAWI DIROBOHKAN..."



"Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan.... Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control) 😞," tulis pelakon, pengarah dan pengacara, Datuk Aaron Aziz.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Aaron mempunyai satu pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Dalam satu entri Aaron di Instagram miliknya, dia berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding dengan keadaan yang berterabur.

Namun ada juga rakan-rakan artis yang rapat bertanyakan hal tersebut di ruangan komen, dan ramai peminat yang mendoakan agar segalanya akan menjadi lebih baik terutamanya untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa dengan apa yang berlaku.

Aaron antara selebriti yang sering melakukan kerja-kerja amal namun dia tidak banyak berkongsi hal tersebut. Semoga pusat tahfiz tersebut dapat dibina kembali.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aaron Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: