02 September 2020

FOTO TERKINI ANAK SULUNG EYRA HAZALI & HAZIQ NADZLI



Menerusi laman Instagram, pelakon Eyra Hazali, 21, dan suaminya, Haziq Nadzli, 22, yang merupakan penjaga gol skuad bola sepak JDT itu telah berkongsi foto terkini anak sulung lelaki mereka.

Pejam celik, bayi comel yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq itu kini sudah mencecah usia 19 hari selepas dilahirkan 14 Ogos lalu.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata memuji keluarga kecil ini di samping turut memuji kecomelan bayi pertama mereka selain mendoakan Hayder membesar sebagai anak yang baik.

Bergelar ibu dan bapa muda, Eyra dan Haziq sebelum ini mengakui mereka sudah bersedia untuk menempuh fasa sebagai suami isteri yang mempunyai anak. Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 lalu di Kuala Lumpur.



 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Eyra Hazali & Haziq Nadzli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: