Kalau tak puas hati, boleh bersemuka!
Demikian tindak balas Ali Puteh terhadap komen segelintir netizen yang mengkritiknya dengan mengatakan 'jika tidak tahu hal sebenar tidak perlu masuk campur'.
Ia berikutan kontroversi melibatkan pelawak itu dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi hangat apabila isu saman-menyaman melibatkan mereka berlangsung baru-baru ini.
Lebih hangat apabila netizen terus mengecam dan menyalahkan tindakan Ali membalas saman terhadap kakak iparnya itu yang dikritik oleh Ali sebagai tak faham hukum Faraid.
Sehubungan itu, Ali tiba-tiba dilihat memuat naik gambar alamat rumah yang tertera di kad pengenalan miliknya di Instagram seolah mencabar sesiapa yang tidak puas hati agar 'bersemuka'.
"Jemput tuan tuan dan puan puan," tulisnya untuk bertemu jika hendak berbincang secara berhadapan tanpa perlu menambah dosa.
Klik untuk gambar besar
Malah Ali juga dilihat turut menyindir seorang netizen yang hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak berani bersemuka dngannya.
Untuk info, dakwa Ali dia melakukan saman balas itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan maruah keluarganya. Tambah, dia tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah sesuatu yang benar.
Ini kerana, Hidayah yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya. Saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
________________________

No comments:
Post a Comment