03 September 2020

AL-FATIHAH - IBU MERTUA NORA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Penyanyi Nora Ariffin yang baru sahaja berkongsi kegembiraan bergelar nenek itu menerima berita duka apabila ibu mertuanya iaitu Nora Abdullah meninggal dunia pagi Rabu.

Nora, 46, menerusi Intagram meminta orang ramai mendoakan agar roh ibu kepada Allahyarham suaminya Johan Nawawi itu di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Dalam masam sama, Nora memaklumkan jenazah ibu mertuanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

"2 September 2020. Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn. Dukacita dimaklumkan.... Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang.

Klik untuk gambar besar


"Semoga mami ditempatkan bersama org beriman. Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta. Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara. Al- fatihah.😢😢😢😢," tulis Nora.

Pada Rabu lalu, penyanyi lagu 'Desa Tercinta' ini bergelar nenek selepas anak sulungnya Mohd Syakir Iman, 27, dan menantunya, Eilya Sofea menimang cahaya mata pertama.

Nora sebelum ini kehilangan suami, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017. Kemudian, pada 14 Disember lalu, Nora dilanda berita duka apabila anak keduanya Muhammad Syakir Alif Johan meninggal secara mengejut di kediaman mereka.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nora Ariffin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: