02 September 2020

"DARIPADA TAK RAPAT TIBA-TIBA MENGAKU RAPAT, BENDA TU DAH SELALU SANGAT..." USOP



"Ramai sangat dah yang buat macam tu. Daripada tak rapat tiba-tiba mengaku rapat. Benda tu dah selalu sangat dah saya lalui... sampai saya sendiri dah terbiasa. Kadang-kadang bukan adik-beradik pun, dia mengaku adik-beradik.

"Apatah lagi sejak saya menyertai pertandingan ini," kata peserta Big Stage 2020, Usop yang mengakui ramai yang datang dan mengaku sebagai kenalan rapatnya semenjak dia mula dikenali sebagai seorang penyanyi.

Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 23, berkata, perkara itu terlalu kerap berlaku kepadanya sehingga ada pihak yang mengaku mempunyai pertalian darah dengan Usop.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Usop sempat berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek Bahasa Inggeris yang diperolehnya. Katanya, dia menganggap dirinya tidak bernasib baik dalam pelajaran dan memilih bidang nyanyian kerana minat.

"Keputusan SPM saya untuk Bahasa Inggeris E. Kalau kawan-kawan artis sembang, saya akan buat-buat faham dan hanya mengangguk. Saya cuma faham sikit-sikit bila orang cakap tapi tak pandai nak balas balik. Saya dulu hari-hari pergi sekolah tapi tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: