02 September 2020

ALYA IMAN AKUI DAH MOVE, HARAP HUBUNGAN KE JINJANG PELAMIN



Pelakon baru, Alya Iman, 19, yang sebelum ini hangat diperkatakan itu mengakui selesa menjalin cinta dengan kekasih, Ridhwan Rosli. Malah, anak kepada pelakon lagenda Allahyarham Azmil Mustapha ini juga berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

"Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu. Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jinjang pelamin, Insya-Allah," kata Alya.

Bercakap mengenai kontroversi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya mengatakan dia sudah 'move on' dan tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu lagi. 

Klik untuk gambar besar

"Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah. Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah 'move on'.

"Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari netizen, saya tak mahu ambil hati sangat," tutur Alya yang sebelum ini mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan. Namun, Alya kini telah meninggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: