02 September 2020

TAHNIAH - PEREKA FESYEN, RIZMAN NORDIN & ISTERI SELAMAT TIMANG BABY GIRL, RIZQAA



"Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa. Rizqaa: A blessing, gift from Almighty.

"Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi..

"Amin amin ya rabbalalamin..," demikianlah tulis pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang berkongsi berita gembira bersama peminatnya dimana dia dan isterinya , Nurida Suraya telah selamat menimang cahaya mata sulung pada pagi Selasa.

Di samping itu, Rizman turut mendedahkan nama dan wajah puteri sulungnya itu menerusi akaun Instagram miliknya. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada Rizman serta isteri. Untuk makluman, Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida pada 13 September 2019.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak & Instagram Rizman Nordin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: