02 September 2020

SEKITAR SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-33 FATHIA LATIFF



Semalam iaitu 1 September merupakan tarikh ulang tahun kelahiran pelakon Fathia Latiff. Menerusi laman sosial Instagram, Fathia telah memuat naik foto-foto sekitar majlis keraian hari lahirnya yang ke-33 tahun buat tatapan peminat.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Binti Abdul Latiff menyambut hari jadi bersama dengan teman-teman rapat serta keluarganya. Meskipun sambutan serba ringkas namun ianya tetap kelihatan elegan dan eksklusif.

Pelakon drama bersiri 'Dia Isteri Luar Biasa' ini telah berkongsi momen indah itu di laman instagram peribadi miliknya. Ketika meninjau ruangan komen, peminat serta pengikut Fathia rata-rata mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan supaya aktres ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Untuk makluman, Fathia dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang, hasil perkongsian hidup Abdul Latiff Bin Tahir dan pasangan, Badriyah Binte Hassan.

Klik untuk gambar besar










 





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Fathia Latiff

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: