25 September 2020

AKSI AAFIYAH CIUM PERUT - NETIZEN SPEKULASI SITI NURHALIZA HAMIL ANAK KEDUA?



Menerusi laman Instagram, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini ada memuat sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mempromosikan produk makanan kesihatan miliknya.

Namun apa yang mencuri tumpuan netizen ialah gelagat anak kesayangan Datuk Siti, Siti Aafiyah beberapa kali menghampiri ibunya sambil mencium perut.

Lantas, timbul spekulasi di kalangan peminat bahawa Datuk Siti atau lebih mesra disapa sebagai TokTi kini sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

Klik untuk gambar besar


Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil memberi respon yang mengatakan Siti Aafiyah seolah-olah memberi 'petunjuk' bahawa TokTi kini sedang hamil. Dalam pada itu, ramai peminat turut mendoakan yang terbaik untuk figura kesayangan rakyat Malaysia itu.

Mengimbas kembali, Siti turut meluahkan hasrat untuk hamil sekali lagi setelah anak sulungnya itu sudah mencecah usia lebih dua tahun.



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: