25 September 2020

LIANA ROSLI PERTAHAN TEKNIK MARKETING MELAMPAU: "KALAU NAK KAYA KENA BERANI... KENA GILA!"



Usahawan Liana Rosli yang sering muncul dengan teknik pemasaran sensasi hingga mengundang kontroversi itu memberitahu yang dia tidak kisah dengan pandangan segelintir masyarakat yang jijik dengan kaedah tersebut.

Ujar Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, setiap peniaga memerlukan cara tersendiri bagi mempromosi produk masing-masing.

"Sebagai peniaga kita kena ada kelainan dan jika kita ingin tonjolkan sesuatu benda... kena ada caranya. Orang kata cara saya melucah, sebenarnya ia tidak lucah kerana saya lebih telus dalam penyampaian. Kalau nak kaya kena berani... kena gila!," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Liana Rosli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: