25 September 2020

ISTERI ALI PUTEH SELAMAT BERSALIN BAYI LELAKI, 'SYED UMAR ISKANDAR'



Tahniah diucapkan kepada pelawak Ali Putih apabila isterinya, Melati Fitri selamat melahirkan cahaya mata ketiga iaitu lelaki pagi tadi.

Diduga dengan pemergian anak keduanya yang merupakan perempuan pada usia tiga bulan tahun lalu, kesedihan Ali dan isterinya terubat dengan kelahiran tersebut.

Perkhabaran gembira itu dimaklumkan oleh Ali menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Bayi seberat 3.07 kilogram itu dilhiarkan kira-kira jam 4 pagi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian itu, Ali turut meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak ketiganya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


Beberapa jam sebelum kelahiran, Ali sempat memuat naik foto isterinya terbaring di katil menanti waktu bersalin di hospital berkenaan dan memohon kepada orang ramai mendoakan proses kelahiran.

Dalam pada itu, Ali dan isteri sepakat menamakan anak lelaki mereka Syed Umar Iskandar. Ujarnya, sejak dari awal lagi dia memang mahu meletakkan nama arwah abangnya pada anaknya.

"Memang dari awal saya nak nama arwah Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap arwah tidak pernah pudar. Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak…Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar.


"Pastinya arwah orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada... Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula keletah teruja arwah saat ini," katanya sebak.

Untuk makluman, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati Fitri Abdullah mendirikan rumah tangga pada Mei 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ali Puteh & Melati Fitri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: