09 September 2020

AL-FATIHAH - BEKAS PEMBANTU PERIBADI ALIFF SYUKRI DIJEMPUT ILAHI



"Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.

"Saya akan rindu awak Ghazi. Saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak," demikianlah tulis isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida yang berkongsi khabar duka menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Dalam status tersebut, Shahida memaklumkan bekas pembantu peribadi suaminya, Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi telah pun meninggal dunia. Menurut Shahida, dia amat menyayangi bekas pengurus yang lebih mesra disapa Ghazi itu malah turut telah menganggapnya seperti adik sendiri.

Klik untuk gambar besar


Berita tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim. Tambah Bonda Rozita, pemergian Allahyarham Ghazi ada teguran buat kita semua bahawa kematian tidak mengira usia.

"Mak sangat terkejut ida ghazi, teguran untuk kita yang masih hidup umur tak kira usia sihat apa yang sakit yang didahulukan ataupun dilambatkan. Sebenarnya hidup menuju mati tujuan dihidupkan ialah mencari amal sebanyak mungkin," katanya.

Pemergian arwah turut mengundang kesedihan usahawan kontroversi, Nur Sajat yang tampil berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham.

"Salam Takziah Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiuun Al-Fatihah buat rakan ku @ghazi_ml Seoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah," tuturnya.


Dalam pada itu, seorang lagi rakan kepada Allahyarham yang juga bekas kakitangan Aliff iaitu Melati turut berkongsi berita arwah dalam keadaan tenat disebabkan apendiks telah pecah dan kuman khabarnya telah merebak ke paru-paru.

"Disebabkan apendiks beliau pecah dan kuman dah merebak ke paru2 beliau.. semoga beliau di beri kekuatan dan kesembuhan," tulisnya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

Terdahulu, Allahyarham Ghazi menarik perhatian ramai dan menjadi tanda tanya pengikut Aliff apabila difahamkan telah mengundurkan diri sebagai pembantu peribadi usahawan itu tempoh hari.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Beautifulnara, Murai, Instagram Datin Seri Nur Shahida, Nur Sajat & Melati

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: