19 September 2020

BILA ATU ZERO TERIMA SIJIL PENGHARGAAN 'WIRA COVID-19'



Pada 18 September lalu, pelawak Atu Zero atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharip telah menerima sijil penghargaan 'Wira Covid-19', Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Majlis yang berlangsung di Dewan Demesne, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat itu telah dihadiri oleh lebih dari 66 orang jemputan yang mewakili agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO dan orang perseorangan.

Penghargaan diberikan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dalam memberi sumbangan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Klik untuk gambar besar


Berita gembira tersebut dikongsi isteri Atu Shafeeqa Johari menerusi laman sosial Facebook dan Instagramnya. Sambil mengucapkan rasa syukur, Shafeeqa turut berterima kasih kepada pasukannya yang telah bertungkus lumus menyiapkan sut peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan.

"Last skali ambil sijil ialah @akueatu. Dia naik pentas pun orang gelak. Ini adalah untuk semua volunteer yang membantu kami menjahit PPE..Terima kasih semua," katanya.


Turut menerima penghargaan sebagai Wira Covid-19 adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, di atas usaha dan sumbangan beliau membantu memerangi wabak Covid-19.

Majlis tersebut juga turut meraikan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah bersara dan bakal bersara untuk tahun 2020 ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Atu Zero & Shafeeqa Johari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: