19 September 2020

A. AIDA AKUI TOLAK LAMARAN RM20 JUTA, TAK SUKA SUAMI ORANG



Penerbit Datuk A Aida, 50, mengakui dirinya menerima lamaran sejumlah RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri kedua. Namun begitu, A. Aida menolaknya kerana enggan mengahwini lelaki berstatus suami orang.

A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, walaupun pintu hatinya terbuka untuk menerima kehadiran insan baharu, namun dia enggan mengambil risiko untuk jatuh hati dengan suami orang.

"Memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Malah, ada individu yang ingin melamar dan akan melakukan transaksi wang sebanyak RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia.

"Bagaimanapun, dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin dan dia mahu menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Saya terpaksa menolak lamarannya itu kerana tidak rela bermadu selain saya juga mempunyai kewangan kukuh," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Aida, lamaran itu diterimanya kira-kira tiga bulan lalu. Lelaki terbabit juga sanggup menambah jumlah wang itu jika masih belum mencukupi.

Bagaimanapun, tawaran itu tetap ditolak A Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria wajib yang dicari sebagai calon suami.

"Saya lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang.


"Pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran mencari ilham di beranda. Namun, jika sudah sampai jodoh saya terima. Saya tak cari lelaki kaya, cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat," katanya.

A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 11.

A Aida kemudian melangsungkan pernikahan dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018, namun bercerai 10 bulan kemudian. Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram A. Aida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: