20 September 2020

GARA-GARA DENGGI - IDZHAM ISMAIL SEKELUARGA MASUK HOSPITAL



"Kami sekeluarga masuk hospital sebab jangkitan denggi... anak yang mula-mula tunjuk simptom, lepas itu saya dan kemudian isteri. Semalam kami buat pemeriksaan darah dan doktor mengesahkan rupa-rupanya denggi dan terus ditahan di hospital.

"Pening juga kepala ni sebab kami wad lain-lain... mujurlah adik ipar boleh tolong jagakan anak kami di wad itu," kata pelakon Idzham Ismail yang memberitahu dia bersama isteri dan anaknya dimasukkan ke Hospital Klang, Selangor selepas dijangkiti demam denggi pada Jumaat lalu.

Menurut Idzham, 32, dia sekeluarga dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu. Sementara itu, pelakon drama 'Bukan Gadis Biasa' ini memberitahu keadaan kesihatan mereka semakin baik.

Bagaimanapun, isterinya memerlukan pemantauan rapi daripada doktor berikutan kini sedang hamil tujuh bulan: "Alhamdulillah, keadaan masih terkawal... isteri pun sihat sahaja cuma doktor nak pantau sebab bimbangkan kandungannya.

Klik untuk gambar besar


"Layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat baik, kata mereka jika bacaan darah semakin baik, kami akan dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

"Memang tak sangka kami bertiga kena duduk hospital. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertanyakan mengenai kesihatan kami," ujarnya.

Idzham Ismail sebelum ini berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan dia kini bersama seluruh ahli keluarga terpaksa ditahan di hospital buat sementara waktu.


Menurut Idzham, semalam merupakan hari bersejarah buat keluarganya kerana mereka ditempatkan di sebuah hospital yang sama termasuklah isterinya yang kini sedang hamil anak kedua mereka.

"Hari bersejarah, satu family masuk hospital yang sama. Doakan saya, Inara, wife saya Abilah dapat pulih cepat dan dapat diacharge. Thank you yang mendoakan," tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon drama 'Juvana' itu menerusi akaun Instagram. Dalam pada itu, Idzham turut memberitahu, dia bersama ahli keluarganya yang lain ditempatkan di wad berasingan.


"Will be back stronger. Doakan saya, wife saya, anak saya, baby dalam kandungan cepat sembuh dan selamat. InsyaAllah. Saya masuk wad lain, wife masuk wad lain, Inara wad lain. Yang satu wad baby adik dengan wife saya sebab dalam perut lagi. Mohon doakan kami kesembuhan secepat mungkin," kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan moga Idzham sekeluarga lekas sembuh dan dipermudahkan urusan.

Untuk makluman, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan & Instagram Idzham Ismail

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: