18 September 2020

FEDTRI YAHYA SEMAKIN PULIH: "KAFARAH DOSA, KASIH SAYANG ALLAH"



Pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtri Yahya menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter itu telah berkongsi keadaan terkini bersama para peminat dah rakan artis.

Menurut Fedtri, dia kini dilaporkan semakin sihat selain turut menganggap segala kejadian yang berlaku ini adalah kifarah dosa baginya: "In sha Allah getting better. Kafarah dosa. Kasih sayang Allah," tulisnya.

Pada masa sama, pengacara program Jejak Rasul itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan perkembangan terkini wajahnya yang baru selesai menjalani pembedahan pada Khamis.

Klik untuk gambar besar


Tweet tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: "Get well soon bro. Saya doakan cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik-baik," katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa semoga Fedtri lekas sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Fetri dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Twitter Ahmad Fedtri Yahya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: