18 September 2020

LUNA MAYA AKUI PERNAH BERDEPAN KESUKARAN BILA WANG BERBAKI RM25



Pelakon Indonesia, Luna Maya, 37, mendedahkan dia pernah berdepan kesukaran apabila wang dalam akaun banknya hanya berbaki RM25 (89,000 Rupiah), gara-gara berbelanja atas talian tanpa had. Dalam temubual bersama Ayu Dewi, Luna menyedari dirinya tidaklah sekaya mana walaupun berstatus artis popular.

"Orang selalu ingat artis banyak duit dan tidak pernah kehabisan. Hakikatnya, tidak ya. Saya pernah dalam akaun bank cuma berbaki 89,000 Rupiah (RM25) saja," katanya.

Pelakon 'Mantan' itu bagaimanapun menjelaskan wangnya dalam akaun susut disebabkan membayar bil telefon dan bukannya faktor lain termasuk dicuri.

"Bukan dicuri tapi habis. Pindah, pindah, pindah, selepas itu tengok sudah tak ada duit. Selepas melihat baki itu, baru tahu duit saya tidaklah banyak," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: