23 September 2020

GEGAR VAGANZA KEMBALI LAGI - NORANIZA IDRIS, YANTZEN, MUS MAY BAKAL BERSAING



14 peserta bakal bersaing dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), iaitu vokalis kumpulan May (Mus), bekas vokalis May dan Rusty Blade, Yantzen, Cliff Umar Aju, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira, Haslinda, Indigo dan Eva.

Program hiburan realiti ini bakal bersiaran pada 11 Oktober depan dengan taglinenya ‘Mara Suara Membara’ di mana ia bakal dianjur mengikut SOP.

Untuk info, GV7 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.

Terdahulu, penyanyi Ayai Ilusi yang bersaing di GV musim pertama, Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5) serta Naqiu dan Hady Mirza (GV6) telah muncul sebagai juara.

Klik untuk gambar besar


Berdasarkan populariti hingga kini, nampaknya Siti Nordiana dan Ayai Ilusi masih di hadapan di mana mereka dilihat masih terus popular dan tidak tenggelam selepas program itu berakhir.

Berdasarkan anma-nama besar GV7 kali ini, siapakah yang anda rasa bakal dinobatkan sebagai juara? Jadi... jangan lupa temu janji anda bermula 11 Oktober nanti!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: