23 September 2020

INSTAFAMOUS PAKAI GELANG PINK UNTUK 'PRANK'? - KERAJAAN SERAH KEPADA POLIS: "INI ISU NYAWA"



Mana-mana individu yang memakai gelang merah jambu gara-gara untuk tujuan gurauan (prank), Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara tersebut boleh dianggap melakukan kesalahan.

Menerusi laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.

"Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang 'pink' untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan.

"Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai.

Klik untuk gambar besar


"Dia salah... (kerana) melakukan kesalahan tersebut," ujarnya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Katanya lagi, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu.

"Terserah kepada polis untuk ambil tindakan. Kami perlu bertanggungjawab. Jangan kita jadikan perkara ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.


"Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar," kata yang turut menegaskan isu berhubung wabak COVID-19 perlu diambil serius dan bukannya perkara yang boleh dijadikan gurauan.

Sekadar informasi, sekitar 15 September lalu, seorang influencer yang dikenali sebagai Chazynash tampil memuat naik video yang menunjukkan dia memakai gelang 'pink' ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Bagaimanapun, video yang tular di laman sosial itu telah menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman hebat daripada netizen di khususnya netizen di Twitter. Namun, pada Ahad lalu, jejaka tersebut memohon maaf menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chazy Nas

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: