23 September 2020

TUNDA KAHWIN - ZUL ARIFFIN BERSYUKUR HINGGA KINI MASIH BUJANG



"Saya sebenarnya bersyukur hingga kini belum berkahwin dan tiada masalah hidup bujang kerana fokus masih boleh ditumpukan sepenuhnya pada berkerja. Apatah lagi, saya sangat sukakan kerja.

"Ditambah dengan situasi sekarang ini, apabila negara masih dilanda penularan wabak Covid-19 dan kita semua pernah melalui pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai Mac lalu.

"Walaupun saya okay saja duduk di runah kerana tidak boleh keluar bekerja sepanjang PKP itu, namun apabila terlalu lama sebenarnya sangat menguji ketahanan diri. Tapi, syukur Alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik," demikian kata pelakon Zul Ariffin.

Zul, 34, mengakui dia memerlukan wanita yang cukup faham tentang sikapnya seorang sangat mengutamakan kerja serta tidak suka dikongkong dalam perhubungan.

Pelakon drama bersiri 'Bidadari Kiriman Tuhan' itu berkata sebagai pelakon adalah wajar dan penting baginya untuk lebih mengutamakan kerja kerana peluang tidak datang selalu dan bidang lakonan pula amat diminati.

Klik untuk gambar besar


Menurut Zul, dia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa sepanjang PKP itu, turut terkejut apabila mendapati banyak paparan kisah rumah tangga berdepan masalah di sebalik pandemik berkenaan.

Apapun, Zul yang menetap bersama kakaknya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Julai lalu ada mengeluarkan kenyataan dia terpaksa menunda perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Malah, dalam kenyataannya itu Zul memberitahu 'si dia' berkenaan faham dan tiada halangan apabila keputusan menunda perkahwinan mereka harus dibuat.

Zul yang begitu berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu, sebelum ini hanya memberi gambaran wanita tebabit bukan selebriti dan tidak beragama Islam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Zul Ariffin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: