23 September 2020

ISTERI AKUI GBOB MAKIN STABIL: "ALHAMDULILLAH SETAKAT INI DIA SUDAH TIADA SERANGAN SAWAN"



Selepas menjalani pembedahan memasang semula tempurung kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 September lalu, pelawak dan pelakon Gbob kini semakin stabil.

Menurut isteri Gbob, Siti Aisyah Wahiddin, suaminya kini sedang berehat di rumah bagi memastikan proses penyembuhannya berjalan lancar.

"Suami dibenarkan pulang pada 14 September lalu. Bagaimanapun, dia terkena serangan sawan tiga kali dalam masa sehari dan dimasukkan ke zon kritikal Hospital Serdang keesokan harinya.

"Pada mulanya ia mungkin berpunca akibat kesan pembedahan yang mengalami pendarahan. Namun, selepas pemeriksaan, doktor kata kesan darah itu tak berbahaya. Apapun Gbob masih perlu dipantau kerana kita tidak boleh jangka bila serangan akan berlaku.

"Alhamdulillah setakat ini dia sudah tiada serangan sawan. Apabila dia makin sihat, Gbob akan dibawa menjalani fisioterapi bulan depan. Ingatan semakin pulih tapi emosinya belum stabil lagi," tambah Siti Aisyah.

Gbob atau nama sebenarnya Hamizi Hashim terjatuh dalam bilik air di rumahnya pada 5 Mac lalu dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak.

Doktor melakukan pembedahan di tempurung kepalanya bagi membuang darah beku dan membenarkan dia berehat di rumah untuk proses pemulihan. Gbob dibenarkan keluar pada Khamis lalu dan perlu makan ubat sawan berterusan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: