05 September 2020

ISU FOTO HITAM PUTIH - INI PERJELASAN ELFIRA LOY



"Foto saya senyum secara candid sangat terhad disebabkan anak saya. Ke mana sahaja kami pergi, kamera hanya pada dia. Album foto saya penuh dengan gambar dia saja. Sebab itulah satu-satunya foto candid saya yang diambil oleh suami ketika ada orang jaga Rayyan," demikian perjelasan pelakon Elfira Loy.

Perkongsian foto hitam putih Elfira dengan kapsyen mengatakan senyumannya kini 'limited edition' di laman Instagram telah mengundangkan kebimbangan peminatnya. Rata-rata netizen beranggapan Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 26, kini berdepan dengan dugaan hidup.

Bagaimanapun Elfira tampil menjelaskan bahawa kapsyen di foto tersebut tidak membawa maksud keadaan dirinya sedang berhadapan masalah. Menurut Elfira, dia tidak mempunyai banyak foto dalam keadaan tersenyum disebabkan lensa kamera lebih tertumpu kepada anaknya iaitu Muhammad Ryan Khalaf.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama 'Kerna Syurga Bukan Percuma' itu memberi penjelasan tersebut dengan memuat naik foto anak lelakinya itu di laman Instagram pada Jumaat. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan pujian buat anak Elfira dan ada juga segelintir netizen yang memahami situasi yang dihadapi aktres tersebut.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Khairol Faris Anuar di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya pada 1 Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Elfira Loy

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: