05 September 2020

NOURUL TAK BERKENAN AKSI REMAJA 'BERCUMBU': "JUMPA ADIK NI, AUNTIE SUNATKAN SEKALI LAGI"



Isu video bercumbu anak gadis Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia dengan remaja lelaki yang dikenali sebagai Zuher sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan. Penyanyi Nourul Depp menerusi laman sosial twitter telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan remaja lelaki tersebut. Amaran Nourul, dia mahu mentarbiah remaja terbabit seandainya bertemunya kelak.

"Auntir kalau jumpa adik ni, auntie sunatkan lagi sekali. Gatai no dia nak cium-cium anak dara orang. Besa tu... taulah handsome. Jangan nak duk gedik viral sangat. Mai sini auntie tarbiah kat telinga tu. Gatai no," ujarnya yang mengulang kicau entri dari Twitter.

Menerusi entri yang ditulis netizen, ada yang kurang senang apabila remaja lelaki terbabit terlepas daripada sebarang tindakan. Pandangan itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan sehingga kini telah diulang kicau lebih 10,000 kali.

Klik untuk gambar besar


"Tak sekarang ni kenapa lelaki ni tak kena attack?! Why perempuan tu sorang je kena hadap? Nampakkan video tu siapa yang ambil langkah pertama dekatkan diri dengan siapa?

"Disebabkan ramai kenal perempuan tu, family perempuan tu bagai then tahu attack perempuan tu ja. Laki ni?" soal pengguna Twitter yang dikenali sebagai @mairachinnarat itu.


www.myartis.com / Sumber: Astrro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: