05 September 2020

SEBUT PASAL RAMBUT ORANG ASLI - SITI SARAH TERIMA KECAMAN, DIDAKWA MENGHINA



Gara-gara sepotong video yang mendakwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli yang kini sedang viral, penyanyi Siti Sarah Raisuddin telah menjadi mangsa kecaman di media sosial.

Video yang berdurasi kurang seminit itu menjadi tumpuan selepas ia ia dimuat naik oleh seorang individu menerusi satu posting di Twitter: "Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you 🤓," tulisnya.

Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya. Menurut Sarah, produk berkenaan bagus untuk mengurangkan bau busuk pada rambut.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli: "Walaupun pakai tudung kena datang salon ni sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli," katanya.

Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian netizen tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut. Ramai berpendapat Orang Asli sebenarnya mempunyai rambut yang cantik.

Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang menghina dan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: