27 September 2020

KAKAK SAYA ANITA SARAWAK JUAL RUMAH, TANAH - NOORKUMALASARI



"Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya," demikian kata Noorkumalasari, sebagai tetamu jemputan program bual bicara, Next To Neelofa, baru-baru ini.

Aktres terkenal sekitar era tahun 80-an itu diajukan soalan mengenai Kakaknya Anita Sarawak yang menghilangkan diri daripada industri hiburan Malaysia hampir 10 tahun.

"Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.

"Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya.

"Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.

Klik untuk gambar besar


"Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.

"Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka," jawabnya dan memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat.




www.myartis.com / Foto: Neelofa IG

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: