27 September 2020

KAKAK ZAMANI, IBU ZYNAKAL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat kumpulan Slam, Zamani, apabila kakaknya Zuraidah Ibrahim, 53, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Untuk info, Allahyarham juga merupakan ibu kepada penyanyi Zynakal.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang (Sabtu) akibat jangkitan kuman dan komplikasi buah pinggang.

"Bukan sekarang masanya kau pergi, kau lagi kuat daripada apa yang aku tahu. Aku harap ramai mendoakanmu ibu," tulis Zynakal baru-baru ini di Instagramnya sambil berkongsi gambar memegang tangan ibunya.

Sementara itu, ketika Allhayarham meninggal, Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembahan bersama Ameng.

Klik untuk gambar besar


Sebaik menerima berita itu, penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Allahyarham Zuraidah adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.

Al-Fatihah!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: