26 September 2020

NAFI BERCINTA DENGAN WAN SHARMILA - SYAZWAN AKUI PEMBERIAN CINCIN TANDA PERSAHABATAN



Sebelum ini pelakon Wan Sharmila menafikan menjalinkan hubungan dengan Syazwan Zulkifli selepas pelakon tersebut memberikannya cincin baru-baru ini.

Terkini, Syazwan juga turut menafikan spekulasi kononnya kedua-dua mereka sedang hangat bercinta dan menjelaskan pemberian cincin itu hanya atas dasar persahabatan.

"Itu adalah cincin persahabatan. Saya tak selesa kalau dikatakan bercinta sebab kami cuma berkawan. Lagi pula, cincin itu adalah untuk tujuan ulasan satu jenama aksesori," katanya.

Syazwan juga meminta peminat menyokong kerjaya kedua-dua mereka tidak kiralah sama ada dia dan Wan Sharmila yang mesra disapa sebagai Lala akan bersama atau tidak.

Klik untuk gambar besar

"Kalau mereka betul-betul menyokong kami, berilah sokongan supaya kami lebih maju dan sepenuhnya. Tak kiralah, sama ada satu hari nanti saya akan berjodoh dengan dia atau tidak," katanya.

Sementara itu, Wan Sharmila pula tidak menganggap harapan dan impian peminat untuk melihat mereka bersama itu sebagai sesuatu yang merimaskan.

"Tak boleh juga nak cakap rimas sebab saya faham bahawa ini adalah asam garam dalam dunia artis. Jadi, saya terima dengan hati terbuka dan seronok membaca komen peminat di media sosial," ujarnya.


Lakonan dan hubungan persahabatan mereka menuai spekulasi dalam kalangan peminat yang ingin melihat mereka bersama lebih-lebih lagi selepas bergandingan dalam drama bersiri popular '7 Hari Mencintaiku'.

Lebih menguatkan spekulasi itu adalah apabila Sharmila baru-baru ini memuat naik video berudurasi 2 minit 3 saat di Instagramnya menunjukkan Syazwan menghadiahkannya cincin.

Video itu ditonton lebih 600,000 di platform media sosial itu dan menerima ribuan komen daripada warganet.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: