14 September 2020

MACAM-MACAM HAL - AKSHAY KUMAR MINUM AIR KENCING LEMBU ELAK COVID-19



"Saya amat teruja untuk minum air teh tersebut. Malah, saya juga minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan ayurveda.

"Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk," kata Akshay Kumar dalam satu perbualan media secara langsung menerusi laman sosial baru-baru ini.

Semuanya gara-gara dia dicabar untuk minum teh yang diperbuat daripada najis gajah dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls.

Tambahnya, minuman tersebut bukan sesuatu yang begitu teruk, lapor media Pinkvilla.

Menurut pelakon itu,dia minum air kencing lembu setiap hari kerana mempercayai ia mempunyai khasiat perubatan terutamanya bagi melawan wabak Covid-19. 

Klik untuk gambar besar


Meskipun hingga kini tiada bukti saintifik mengenai manfaat meminum air kencing lembu atau najisnya, namun beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu bagi merawat COVID-19.

Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam perubatan tradisi ayurveda.

Malah Perdana Menteri India, Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan 'perisai perlindungan' terhadap COVID-19.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: