14 September 2020

SAMBUT HARI LAHIR KE-37 - GIGI JIHAN MASIH JADI BAHAN GURAUAN



"Da tuo2 kene seprais! Tu yg vogue sgt tu ootd. Tu bukan acik kau tau. Tu jihan muse. Namo pun tokojut. Alhamdulillah.

"Terima kasih @jihanizer ingat saya selalu support saya dan selalu rajin buat aktiviti walawpun dlm kekangan masa dan lokasi. Semoga segala doa utk hari belated ni diangkat dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin.. Jazakallahu khayran kathira," kongsi Jihan Muse sempena hari lahirnya yang ke-37.

Meskipun ada yang memberi komen di IGnya mengatakan Jihan tak pakai mekap pun tetap cantik, namun ada juga netizen di media sosial yang lain mengimbas kisah silam dengan mendakwa tak ori kerana buat gigi dan sebagainya.

"Gigi dah elok, nampak la kecantikkannye... benda boleh buat, ape nak susah2," komen netizen itu.

"Banyak modal dah keluar. bukan semula jadi... apa-apa pun semoga panjang umur," tulis yang lain pula.

Klik untuk gambar besar


"Ramai jeles rupanya jihan cantik sekarang. Kalau korang mampu mesti korang nak jadi camtu jugakkan. Tapi tulah mampu mengata je kan. Semua salah kt mata manusia yang suka mengata ni. Hitam salah, putih salah, gemuk salah, kurus salah, make up salah, tak makeup salah. Ha yelah korang jela perfect," kongsi seorang peminat pula menyokong Jihan.

Ha ha... sabar jelah Jihan, jadi artis bukannya mudah, kena banyak senyum dan kena layan karenah masyarakat yang suka atau yang tidak sukakan kita. Tak gitu?






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: