14 September 2020

MENINGGAL DUNIA - R. ISMAIL TINGGAL KENANGAN



Penyanyi & lagenda irama tradisional Melayu, R. Ismail, yang pernah popular dengan lagu 'Gurindam Jiwa' telah meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang, Singapura, sekitar 2.30 petang semalam.

Berita pemergiannya telah dimaklumkan oleh anak-anaknya, Eiss Ismail dan Elfee Ismail.

"Baru sahaja nak bawa mereka pulang ke rumah saya untuk luangkan masa bersama, abah mengadu sakit dada.

"Ibu minta bantuan adik saya, Elfee hantar abah ke hospital pada Isnin lalu walaupun abah berkeras tak mahu pergi. Bagaimanapun, sebaik di hospital abah langsung dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," kata anak sulungnya, Aslina, 46.

Aslina berkata dia berasa sebak apabila mengingati gelagat Allahyarham bapanya yang selalu tersenyum dan masih tetap suka mengusik walaupun tak mampu bercakap di ICU.

"Arwah abah selalu gagahkan dirinya untuk sentiasa bersemangat walau pun dalam keadaan sakit dan nampak okay setiap kali saya mengunjunginya.

"Apapun, saya akan selalu pegang nasihatnya yang minta kami empat beradik hidup rukun dan saling membantu. Saya hanya terkilan tak dapat bawa abah tinggal dengan saya sepertimana yang dihajatkan." ujarnya dipetik sebagai berkata.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: