09 September 2020

NABILA AKUI VIDEO MENANGIS RUMAH DICEROBOH HANYA GIMIK: "SAYA RASA BERSALAH PULA"



Masihkah anda ingat lagi kisah dimana pelakon Nabila Huda ada memuat naik videonya berdepan insiden mencemaskan dan menangis ketakutan apabila rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan, bulan lalu.

Ramai yang bimbang dengan keadaannya namun Nabila berkata dia berada dalam keadaan baik. Rupanya, Nabila memberitahu ia hanya gimik semata-mata untuk program terbaru 'The Masked Singer Malaysia', dimana dia ditugaskan untuk menghasilkan video khas mempromosikan program tersebut.

Bagaimanapun, Nabila berkata dia tidak menyangka lakonannya itu keterlaluan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Difahamkan, Nabila juga merupakan salah seorang juri tetap rancangan tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya itu lakonan semata-mata ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu. Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa sahaja, konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah. Memandangkan saya ni pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu pasal nampak macam over pula," katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata gara-gara lakonannya itu dia menerima pelbagai mesej dan panggilan daripada keluarga dan kawan-kawan yang risaukan keadaan dirinya.

"Saya rasa bersalah pula. Tak tahu nak buat apa lepas video itu tular sampai saya rasa over sangat ke lakonan tu? Salah saya juga tak maklumkan pada orang terdekat mengenai perancangan video teaser itu dan memang semua orang tak tahu kecuali suami yang ada di rumah," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, mStar & Instagram Nabila Huda

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: