08 September 2020

NAIM DANIEL SEBAK LIHAT MIRA FILZAH BAHAGIA



"Tiba-tiba teremosi pula perform SERIBU TAHUN hari ini, tambahan pula masa lirik 'jangan putus harapan sedia setia'. Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat," demikian tulis Naim Daniel, yang dijemput membuat persembahan di hari bahagia Mira Filzah dan Wan Emir Astar.

Katanya, dia rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain di majlis resepsi tersebut.

Rasa sebaknya itu tidak dapat dibendung gara-gara dia melihat saat Wan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis yang berlangsung di A Park, Puchong itu.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka serta berharap jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.

"Terima kasih kepada Mira dan Emir kerana meletakkan kepercayaan kepada saya dan sudi menjemput saya untuk membuat persembahan di hari bahagianya," tambah Naim dipetik sebagai berkata.

KLIK UNTUK TONTON VIDEO

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: