08 September 2020

"SAYA SEPERTI TIDAK PERCAYA" - DAYANG RISAU KEADAAN ANAK DIDIKNYA, SANDRA



"Sebaik mendapat berita mengenai Sandra, saya seperti tidak percaya. Saya sentiasa mendoakan mudah-mudahan dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Saya bersimpati dengan keluarga Sandra dan berharap mereka terus kuat," demikian kata penyanyi Dayang Nurfaizah.

Bekas mentor Sandra Dianne ketika bersaing dalam program realiti, Mentor Legend 2014, Dayang terkejut dan sedih sebaik mendapat tahu kemalangan menimpa penyanyi itu. Dayang berharap dapat melawat Sandra, namun, memahami keadaan bekas anak didiknya itu sekarang, niat itu tidak mampu ditunaikan.

Sabtu lalu, Sandra ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan program realiti, Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Klik untuk gambar besar


Dalam insiden itu, Sandra bersama seorang lagi penumpang dipercayai sepupunya, dalam perjalanan ke PICC bagi menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat. Nahas itu berlaku pada jam 2.30 petang.

Sementara itu, sehingga malam tadi, Sandra dilaporkan masih belum sedarkan diri. Perkembangan terkini Sandra disahkan wakil syarikat rakaman, Sony Music, Vea Norman.

Vea memberitahu, keluarga Sandra masih berada di Hospital Putrajaya bagi mengikuti perkembangan terkini penyanyi lagu 'Hey! Kau' itu yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: